FAIL (the browser should render some flash content, not this).
Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran saya tawadukkan ke hadzrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin dan inayahNya, saya telah diberikan mandat untuk memimpin PALAPES UPSI. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Markas PALAPES serta seluruh pegawai dan jurulatih kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya menerajui PALAPES UPSI. Dengan penuh ikhlas, saya berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan kepercayaan yang diamanahkan untuk memimpin PALAPES UPSI dengan sebaik-baiknya demi melatih pegawai kadet menjadi pegawai yang dinamik serta berdedikasi. - Mej. Muhammad Faizal Bin Kamaruddin
Satu Majlis Makan malam Rejimental telah diadakan di Dewan Arena Proton, Proton City pada 5 hb April 2009. Tetamu-tetamu serta Dif-dif jemputan datang meraikan majlis yang julung-julung kalinya di adakan untuk merai-kan Pegawai Kadet Senior yang akan ditauliahkan pada bulan Jun ini.
Pentauliahan Diraja akan berlangsung pada 21 hb Jun 2009 bertempat di UTM Skudai Johor. Pegawai Kadet Senior sibuk membuat persiapan bagi memperlengkapkan diri masing-masing dari segi fizikal dan mental.
Satu Majlis pemakaian pangkat Kolonel Kehormat oleh Panglima Tentera Darat telah diadakan pada 7 April 2009. Ucapan Tahniah kepada Kolonel (K) Prof Dr. Mustamam bin Abd Karim yang telah ditauliahkan sebagai Komandan PALAPES UPSI yang baru.
Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.
Pasukan Latihan Pegawai Simpanan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 TANJONG MALIM, PERAK
Tel: (60)5-4506835 Faks: (60)5-4585942